Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai banyak kegunaan industri, dan kegunaan utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid yang pertama pernah diketahui, dan digunakan oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di dalam eksperimen mereka. |