Ayyam al-Arab ialah peristiwa, serangan dan pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini disampaikan oleh para pencerita Arab dan diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku antara orang Arab Adnan (Arab utara) disebabkan kekurangan sumber kekayaan di padang pasir. Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al- Arab . |