Tahun ialah masa yang diambil oleh bumi untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Terdapat dua jenis tahun yang berbeza yang digunakan oleh ahli astronomi. Tahun suria, ekuinoks atau tropika ialah masa di antara dua laluan matahari melalui ekuinoks musim bunga yang berlaku pada bulan Mac. Di Hemisfera Utara ekuinoks ini dipanggil ekuinoks vernal. Panjang tahun ini ialah 365 hari, 5 jam, 48 minit, dan 46 saat. Tahun ini digunakan bagi semua tujuan praktik dan astronomi, dan menjadi asas tahun biasa atau tahun kalendar kita. |