Kata |
Takrif |
Sumber |
mentari | (Sas) matahari: senyuman dan gelak tawamu ibarat ~ yg sentiasa menyinari hidup kami; ~ kian condong ke ufuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentokan | gerakan (hasil) melentok: dia mengajak kawannya meninggalkan kawasan perkuburan itu dgn isyarat ~ kepala; hatinya terpesona dgn ~ pohon-pohon padi yg kuning keemasan disinari mentari petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentok | (léntok); melentok, terlentok terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb): api di hujung jamungnya juga melentok-lentok macam telinga arnab kegelian; Ahmad yg duduk terlentok di atas bangku mengeluh; melentokkan membongkokkan atau mengelokkan (badan dll), menjadikan terkulai: Madhubala ~ kepalanya utk melepaskan rambutnya; melentok-lentokkan melentokkan beberapa atau berulang kali: dia bersuara semula sambil ~ kepalanya; lentokan gerakan (hasil) melentok: dia mengajak kawannya meninggalkan kawasan perkuburan itu dgn isyarat ~ kepala; hatinya terpesona dgn ~ pohon-pohon padi yg kuning keemasan disinari mentari petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matahari I | bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya menyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sunglow | teja mentari | Geografi | Tiada | Cahaya merah jambu yang sering dilihat di langit sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam. |
mixed metaphor | metafora rancu | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan atau pencampuran dua ataupun lebih unsur metafora dalam sesuatu pemyataan di dalam sesuatu baris, rangkap atau sesebuah puisi. Suram malam yang terpendam di tafakur tidurmu menanti mentari titipan maya kupinta mimpi baktimu tiadakan rela menatang kehidupan berbunga hampa. |
mesostich | sajak aksara tengah | Kesusasteraan | Puisi | Sajak yang terdapat pada huruf tengah tertentu dalam membentuk sebuah kata. Contohnya, puisi "Tua" karya A. Ghafar Ibrahim. Hari depan tidak payah diiklankan pagi: tik tok tik tok meninggalkan bulan. malam: tok tik tok tik meninggalkan mentari |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
folk song | lagu rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mentari | [men.ta.ri] | منتاري |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentari. |
|
|