Oh, Sadaharu (1940 ), menjadi pemain besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan pemukul bola yang cemerlang, yang telah membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia, lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry Hank Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina. Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya dalam liga utama bermula pada tahun 1959 setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai pengurus Tokyo Giants. |