Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SATIRA | Satira ialah penggunaan ironi atau sindiran untuk membidas sesetengah bentuk perlakuan manusia. Kebanyakan satira muncul dalam kesusasteraan, tetapi satira juga memainkan peranan yang penting dalam bentuk-bentuk seni yang lain. Kebanyakan penulis satira menyatakan bahawa mereka mahu memaparkan dan merubah kelemahan manusia seperti tamak dan megah diri. Tetapi ada juga penulis satira yang hanya suka mencemuh kelakuan manusia. | UMUM | |
PLATH, SYLVIA | Plath, Sylvia (19321963) ialah penyair dan penulis fiksyen Amerika. Penulisannya menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih. Penulisannya amat bersimpati terhadap penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis, orang yang sukar menyesuaikan diri, dan pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh sejak tahun 1940-an. | UMUM | |
AUSTEN, JANE | Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis novel yang sangat digemari di England. Tulisannya mengandungi sindiran tentang institusi-institusi sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada enam novelnya, mengisahkan seorang wanita bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah. | UMUM | |
POPE, ALEXANDER | Pope, Alexander (16881744) ialah penyair Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an. Satira puisinya yang dianggap sangat indah mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia. Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran menjadikannya penulis yang paling digeruni di England pada zamannya. | UMUM | |
MOORE, THOMAS | Moore, Thomas (17791852) ialah penyair Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk Believe Me If All Those Endearing Young Charms, The Last Rose of Summer dan Oft in the Stilly Night. Moore menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan lagu. | UMUM | |
SYAIR KUPU-KUPU | SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford. | SASTERA | Konsep |
MUSSET, ALFRED DE | Musset, Alfred de (18101857) ialah dramatis dan pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya yang bersopan santun. Karya-karyanya secara kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes. Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834), merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence, Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun 1896. | UMUM | |
SYAIR NYAMUK DAN LALAT | SYAIR NYAMUK DAN LALAT, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Syair ini menyindir seorang gadis yang enggan disunting oleh seorang pemuda yang lebih tinggi kedudukannya. | SASTERA | Konsep |
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU | SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta. | SASTERA | Konsep |
SELOKA | SELOKA, sejenis puisi bebas yang tidak terikat. Seloka biasanya tidak berangkap. Jika berangkap, tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan selarik, memakai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa larik yang berurutan untuk dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Seloka mengandungi sindiran, jenaka, usikan dan gurauan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
|
|