Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIKAYAT JOHOR SERTA PAHANG | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
SUTTON | Sutton (pend. 164 300) ialah bandaran dalam kawasan utama kota London. Ia terletak di sempadan selatan kota London di utara Surrey. Sutton terdiri daripada dua bekas boroughs Beddington dan Wallington, dan Sutton serta Cheam; serta daerah bandar lama Carshalton. Sutton sebuah bandaran kediaman dan ramai penduduknya bekerja di London. Terdapat beberapa tempat bersejarah di Sutton, seperti Gereja All Saints di Carshalton yang dibina pada tahun 1100-an. Perpustakaan awam di Sutton merupakan satu daripada perpustakaan yang termoden di United Kingdom. | UMUM | |
SAINS BUMI | Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat luas yang menggabungkan banyak bidang pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi, meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal. | UMUM | |
LIKUORIS | Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan. Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin, kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih daripada satu musim pertumbuhan. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN SAD | Muhammad ibn Sad ( ?82 H./ ?702 M.), ahli hadith yang fasih serta thiqah. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Sad ibn Abu Waqqas al-Madaniy. Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya, serta daripada Uthman ibn Affan, Abu al-Darda dan lain-lain lagi. Manakala hadithnya diriwayatkan oleh dua orang anaknya, Ibrahim dan Ismail, serta Abu Ishaq al-Sabiiy. Muhammad ibn Sad meriwayatkan pelbagai ilmu. Dia bersama-sama Ibn al-Ashath menentang Hajjaj. Dia ditawan pada hari Dayr al- Jamajim dan dibunuh oleh Hajjaj. Hadith-hadithnya diriwayatkan oleh al-Shaykhaniy, al-Tirmidhiy, al- Nasaiy dan Ibn Majah. | UMUM | |
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN | Reka bentuk perindustrian ialah proses merancang serta mengembangkan keluaran dan sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus. Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos, bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran. | UMUM | |
NYANYIAN KANAK-KANAK | Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak- kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang. | UMUM | |
PERTOLONGAN CEMAS | Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta yang diberi kepada mangsa yang mengalami kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak, terhenti pernafasannya, atau terkena racun. Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada kecederaan atau sakit. | UMUM | |
ORANG HUN | Orang Hun ialah puak yang berkelana serta suka berperang. Mereka menyerang Empayar Rom pada tahun 400-an M. Di bawah arahan Attila, pemimpin mereka yang terpenting, orang Hun hampir-hampir memusnahkan Empayar Rom di timur dan di barat. | UMUM | |
NOTA JANJI | Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa janji hendak membayar balik wang yang telah dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang harus dibayar balik itu biasanya lebih besar daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang menandatangani nota tersebut dikenali sebagai pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai tarikh tebus . | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata serta; |
|
Puisi |
---|
|
Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana.
Lihat selanjutnya... |
|