Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi.

Takrif

Apabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Takrif

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.

Takrif

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.

Takrif

Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sangkar emas, tenggeran suasa.

Takrif

Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sumur digali air terbit.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

Takrif

Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.

Takrif

Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit.

Takrif

Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serta;

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.



Lihat selanjutnya...