Riley, James Whitcomb (18491916) ialah warganegara Amerika Syarikat yang terkenal sebagai Pemuisi Hoosier . Dia banyak menulis puisi dalam bahasa Inggeris asli tetapi puisinya yang paling popular, ditulis dalam dialek tempat lahirnya, Indiana. Ini termasuklah When the Frost is on the Punkin, Out to Aunt Marys dan Little Orphan Annie. Karya ini mengandungi unsur jenaka ringan, kehibaan, dan sentimen. Puisi Riley diterbitkan dalam beberapa koleksi, termasuk The Old Swimmin-Hole, dan Leven More Poems (1883), Rhymes of Childhood (1890), Poems Here at Home (1893), dan Book of Joyous Children (1902). |