Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ARSON | Arson ialah perbuatan sengaja membakar sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak membalas dendam terhadap pemilik bangunan atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang lain, kes arson berpunca daripada perbuatan vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu. | UMUM | |
SABOTAJ | Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia- Siakan atau merosakkan alat, mesin atau pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan sekerja berfahaman anarki. | UMUM | |
KONVULSI | Konvulsi ialah pengecutan tidak sengaja oleh sekumpulan otot yang biasanya diikuti dengan keadaan tidak sedar. | UMUM | |
KEINGKARAN AWAM | Keingkaran awam ialah keengganan secara sengaja oleh orang awam untuk mematuhi sesuatu undang-undang. | UMUM | |
TEKA-TEKI | Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang mengandungi makna yang sengaja disembunyikan. Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini ialah Apakah benda yang beroda empat dan dapat terbang? Jawapannya ialah Trak mengangkut sampah sarap, yang hanya ada unsur makna apabila kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai dua maksud. | UMUM | |
KEGUGURAN | Keguguran juga dikenali sebagai keguguran spontan, ialah penamatan kehamilan sama ada secara tidak sengaja atau semula jadi, sebelum sesuatu janin (bayi yang sedang membesar) boleh hidup di luar badan ibunya. | UMUM | |
AMUK | AMUK, tindakan penyerangan hebat yang sengaja oleh seseorang perwira sebagai pertahanan terakhir | BUDAYA | Konsep |
ANILINA | Anilina ialah kimia yang paling terkenal dengan kegunaannya dalam membuat pewarna. Anilina menjadi penting pada tahun 1856, apabila ahli kimia Inggeris William Perkin secara tidak sengaja membuat pewarna ungu daripada anilina. | UMUM | |
SUMPAH BOHONG | Sumpah bohong ialah jenayah apabila seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk bercakap benar dalam mahkamah undang-undang atau dalam prosiding pentadbiran atau perundangan, tetapi kemudian secara sengaja berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong dianggap sumpah bohong hanya apabila ia mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau badan perundangan. Penyataan silap yang tidak disengajakan tidak dianggap sumpah bohong. | UMUM | |
MURRAY GREYS | Murray Greys ialah baka lembu daging yang paling tua dan paling terkenal di Australia. Baka ini mengalami evolusi daripada lembu landuk pendek berwarna perang dan putih yang dibawa masuk secara tidak sengaja ke kawasan lembu hitam Angus yang dimiliki Peter Sutherland di Thologolong pada tahun 1905. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Cik Ali menikam pari, Tala suntung tala sumpit; Bukan sengaja saya ke mari, Bawa pantun dengan nasib.
Lihat selanjutnya... |
|