Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SELENDANG | SELENDANG, sehelai kain yang dipakai untuk menutup bahagian kepala. Ada kalanya selendang dipakai sebagai pelengkap pakaian tradisional dengan disandang di atas bahu sebagai perhiasan sahaja. Ada juga selendang yang dipakai sebagai ikat pinggang. Selendang juga dikenal sebagai kain tudung kepala yang berbentuk tiga persegi atau empat persegi panjang. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KIAI SALLEH | Kiai Salleh (19161956) ialah nasionalis Melayu yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun. Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk melancarkan penentangan tersebut. | UMUM | |
PAKAIAN PUTERI PERAK | PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang. Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan. | BUDAYA | Pakaian |
KAIN KELUBUNG | KAIN KELUBUNG, kain atau selendang yang digunakan bagi menutup kepala atau sebahagian muka wanita. Kain kelubung juga dikatakan sebagai kain sarung kedua bagi wanita yang digunakan untuk menutup kepala dan separuh badan. Jika wanita tersebut masuk ke dalam rumah atau bertemu muhrim atau berada dalam majlis, kain ini diikat di pinggang sebagai kain dagang luar. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN KERIKAM | KAIN KELINGKAN, kain yang berhias teknik tekat atau sulam dengan menggunakan kepingan logam kelingkan warna emas dan perak. Kain jenis ini biasanya dijadikan selendang, manto atau selayah yang dipakai menutup kepala atau bahu, khusus bagi melengkapi pakaian adat atau persalinan pengantin tradisi. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PAKAIAN KEPALA | PAKAIAN KEPALA, sesuatu yang dipakai di kepala sarna ada oleh orang lelaki atau perempuan. Bagi orang lelaki, pakaian kepala termasuklah destar, tengkolok, tanjak, bebulan, semutar, topi, kopiah dan songkok. Bagi wanita pula pakaian kepala disebut sebagai kain kelubung, selendang, kain tudung dan topi. | BUDAYA | Pakaian |
|
Tesaurus |
---|
| selendang (kata nama) | Bersinonim dengan tudung, kelubung, kelumbung, mafela, sal, syaf, selempang, sampur, sabuk;, | | Kata Terbitan : berselendang, menyelendangi, |
|
Puisi |
---|
|
Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti.
Lihat selanjutnya... |
|