Necker, Jacques (17321804) ialah negarawan Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI. Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika. Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya mampu menangguhkan masalah serius yang sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan kepada golongan orang kesukaan istana. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1781. |