Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
QANTAS | Qantas ialah satu-satunya syarikat penerbangan antarabangsa Australia. | UMUM | |
AUSTRALIA | Australia ialah satu-satunya negara yang juga sebuah benua. Dari segi keluasan, Australia adalah negara yang keenam terbesar dan benua yang terkecil. Australia terletak di antara Lautan Pasifik Selatan dengan Lautan Hindi. Bahagian Lautan Hindi di selatan Australia dinamakan Lautan Selatan di negara ini. Australia terletak kira-kira 11 000 kilometer di barat daya Amerika Utara dan kira-kira 3000 kilometer di tenggara tanah besar Asia. Australia sering dirujuk sebagai negara bawah angin kerana ia pada keseluruhannya terletak di dalam Hemisfera Selatan. Nama Australia berasal daripada perkataan Latin australis , yang bermakna selatan . Nama rasmi negara ini ialah Komanwel Australia . | UMUM | |
SUNGAI JORDAN | Sungai Jordan, satu-satunya sungai penting negara Israel dan Jordan, bermula di kawasan mata air Gunung Hermon di Syria. Ia mengalir sejauh 160 kilometer dan masuk ke kawasan Tasik Hula (kini telah kering). Sungai Jordan mengalir masuk ke Laut Mati, lebih kurang 400 meter di bawah aras laut (lihat Laut Mati). | UMUM | |
KELAWAR | Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang. Badan kelawar berbulu dan sayapnya dilitupi kulit yang licin, dan fleksibel. Kebanyakan spesies kelawar hidup di gua, bangunan, atau tempat lain yang terlindung. Sesetengah spesies hidup di atas pokok. Kelawar tidak banyak di banyak kawasan kerana ia bertenggek di tempat gelap dan keluar hanya pada waktu malam apabila kebanyakan orang tidur. Kelawar tergantung kepala ke bawah apabila ia berehat. | UMUM | |
MARIKH | Marikh ialah satu-satunya planet yang permukaannya boleh dilihat secara terperinci dari bumi. | UMUM | |
NEW SWEDEN | New Sweden ialah satu-satunya tanah jajahan Sweden di Amerika. New Sweden terletak di sepanjang Sungai Delaware, dari muara Teluk Delaware hingga ke kawasan yang kini dikenali sebagai Trenton, New Jersey. Peneroka Sweden mengasaskan jajahan ini pada tahun 1638, dan membina Fort Christina di sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Wilmington, Delaware . | UMUM | |
PERTEMPURAN JUTLAND | Pertempuran Jutland ialah satu-satunya pertempuran besar yang berlaku antara armada Jerman dengan armada Great Britain semasa Perang Dunia I (19141918). | UMUM | |
SHERMAN, ROGER | Sherman, Roger (17211793ialah satu-satunya individu yang menandatangani kesemua empat dokumen yang masyhur berhubung dengan Revolusi Amerika: Artikel Persatuan (1774), Perisytiharan Kemerdekaan (1776), Artikel Konfederasi (1777), dan Perlembagaan Amerika Syarikat (1787). Sherman lahir di Newton, Massachusetts. Pada tahun 1743, dia berpindah ke Connecticut, dan berjaya menjadi terkenal dalam bidang perniagaan dan politik. Sherman adalah hakim Mahkamah Tinggi Connecticut dari tahun 1766 hingga tahun 1789. | UMUM | |
KASITERIT | Kasiterit (formula kimia, SnO2) ialah satu-satunya bijih timah yang penting. Ia kadangkala dikenali sebagai batu timah. Kasiterit biasanya agak berkilat, berwarna perang atau hitam. | UMUM | |
ROOSEVELT, FRANKLIN DELANO | Roosevelt, Franklin Delano (18821945) adalah satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang dipilih sebanyak empat kali. Dia berkhidmat sebagai presiden selama lebih 12 tahun, dari tahun 1933 hingga tahun 1945, lebih lama daripada orang lain. Dia meninggal dunia 83 hari selepas menjadi presiden untuk kali keempat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| satu (kata nama) | Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;, | | Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan, |
|
|