Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TEORI DUA SAPUT | Teori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
|
Tesaurus |
---|
| saput (kata nama) | Bersinonim dengan selaput, kulit nipis, lapisan tipis, kulit ari, selupat, keropeng, silir bawang, gendang-gendang, kerak, bular, salut;, | | Kata Terbitan : menyaput, menyaputi, |
|
|