Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENYAKIT SEL SABIT | | UMUM | |
BULAN SABIT | Bulan sabit ialah lambang yang menyerupai bulan peringkat suku pertama. Dalam ilmu asal usul dan lambang kekeluargaan, bulan sabit adalah lambang anak lelaki kedua dalam keluarga. | UMUM | |
MESIN PENGETAM | Mesin pengetam ialah mesin yang pernah digunakan oleh peladang untuk menuai bijian. Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih banyak hasil tanaman. | UMUM | |
KANSER | Kanser, ketam, ialah buruj malap yang terletak di antara bintang Castor dengan bintang Pollux pada satu bahagian, dan bintang Sabit Leo pada bahagian yang satu lagi. Ia lambang keempat zodiak. | UMUM | |
TASIK GENEVA | Tasik Geneva ialah salah satu tasik yang terbesar di bahagian tengah Eropah. Tasik ini terbentuk melalui pengempangan semula jadi Sungai Rhône di sepanjang sempadan di antara Switzerland dengan Perancis. Panjangnya tasik yang berbentuk bulan sabit itu ialah 70 kilometer dan lebarnya dari 2.5 kilometer hingga 15 kilometer. Luasnya 585 kilometer persegi. Nama Perancis bagi Tasik Geneva ialah Lac Léman dan nama Jermannya Genfer See. | UMUM | |
HIJIR ISMAIL | Hijir Ismail, suatu tembok yang melengkung (berbentuk bulan sabit) setinggi 1.5 m. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BARKAN | BARKAN, sejenis gumuk pasir berbentuk bulan sabit dengan dua tanduknya menghala ke arah hilir angin. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
SALAMIS | Salamis ialah pulau Yunani berbentuk ladam di Teluk Saronik, kira-kira 16 kilometer ke barat Athens (lihat Greece [peta]). Ia meliputi kawasan seluas 95 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai kira-kira 28 500 orang. Kebanyakan kawasan ini berbatu-batan dan bergunung-ganang. Kebanyakan penduduknya adalah orang Albania. Salamis juga dikenali dengan nama modennya Kuluri, bermaksud bulan sabit terbakar. | UMUM | |
TUAI | TUAI, alat memotong atau menuai padi. Tuai atau pengetam padi dikenal sebagai anai-anai atau renggam di Kedah, dan ketaman di Pantai Timur. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu badannya yang diperbuat daripada kayu dan bahagian mata tuai yang dipasang dengan mata pisau. Badannya berbentuk bulan sabit dan di bahagian tengahnya dilengkapkan dengan pemegang berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BENDERA NEGERI, | BENDERA NEGERI, Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya, serta merangkumi sejarah setiap negeri. Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
Puisi |
---|
|
Tabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama.
Lihat selanjutnya... |
|