Sifon ialah alat ringkas untuk menyalurkan cecair dari satu paras ke paras yang lebih rendah. Ia terdiri daripada hos atau tiub yang dibengkokkan supaya satu bahagiannya lebih panjang daripada bahagian yang satu lagi. Untuk mula berfungsi, sifon mesti diisi dahulu dengan cecair sepenuhnya. Jika bahagian sifon yang pendek dimasukkan dalam bekas cecair, cecair itu akan mengalir naik ke bahagian tiub yang pendek dan mengalir turun dan keluar dari bahagian tiub yang panjang. |