Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi keluarnya elektrik secara tetap daripada objek tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan hujung sayap kapal terbang yang melalui awan berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu. Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut Mediterranean. Lihat juga Kilat (Bentuk kilat). |