Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NAHMAR JAMIL | NAHMAR JAMIL (1938- ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Naman bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan Nman Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun. | SASTERA | Tokoh |
KAMUS MELAYU | KAMUS MELAYU, kamus ekabahasa bertulisan Jawi, yang disusun oleh Al-Haji Syamsuddin bin Muhammad Yunus J.P. pada tahun 1353 H. Kamus ini dikenal juga sebagai Kamus Makna Perkataan Melayu. Cetakan kedua kamus ini terbit pada tahun 1367 H dengan tambahan 3000 perkataan lagi dan cetakan ketiga pada tahun 1372 H. Cetakan ketiga ini diterbitkan oleh Maktabah Al-Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin Al-Rawi dan dicetak di The United Press Pulau Pinang. | BAHASA | Penerbitan |
|
|