Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang, dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air dan di rawang di hampir semua bahagian di Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60 sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir seperti daunnya, tetapi lebih keras dan mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau berhampiran dengan puncaknya. Daun dan batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik, dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan. Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Acorus calamus. |