Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SIRA | SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan. Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria. Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering. Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis. Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup. Di Kelantan, `sira bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau. | BUDAYA | Makanan |
|
|