Amis, Kingsley (19221995) ialah penulis novel Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang paling termasyhur ialah novelnya yang pertama, Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang pensyarah universiti yang muda berasa meluat terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You (1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man (1970), Jakes Thing (1979), Stanley and the Women (1984), dan The Old Devils (1986). |