Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . |