Thailand ialah negara tropika di Asia Tenggara. Penduduk Thailand dikenali sebagai orang Thai dan kebanyakannya petani dan tinggal di kampung yang kecil. Walaupun begitu, ekonomi Thailand merupakan salah satu paling membangun di dunia, dan pusat bandarnya berkembang pesat. Hampir enam juta penduduk tinggal di Bangkok, ibu negara dan bandar raya terbesar Thailand. Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Barat. Sejarah penduduk Thai bermula dari tahun 1238 apabila Kerajaan Sukhotai diasaskan di tempat yang kini dikenali sebagai Thailand. Sepanjang sejarahnya, negara ini dikenali sebagai Siam. Pada tahun 1939, negara ini dengan rasminya menggunakan nama Thailand. |