Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERUT | Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan (haiwan yang mengunyah mamahannya), perut mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada perut manusia (lihat Ruminan ). | UMUM | |
LENGGANG PERUT | | UMUM | |
MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya). | UMUM | |
ESOFAGUS | Esofagus, yang juga dinamakan gulet, ialah saluran otot yang membawa makanan dari bahagian bawah farinks ke perut. Otot dalam dinding esofagus menghasilkan kontraksi bak ombak, yang menggerakkan makanan turun ke perut. | UMUM | |
MAMAHAN | Mamahan ialah ketulan kecil makanan yang dikeluarkan semula dari perut haiwan yang dikenali sebagai ruminan untuk dikunyah kali kedua. | UMUM | |
PLEKSUS SURIA | Pleksus suria ialah nama biasa bagi pleksus sieliak , satu rangkaian saraf di belakang perut. Ia adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomi. Sistem ini mengawal visera (organ dalam) abdomen. Bebenang saraf sistem saraf autonomi disambungkan oleh cabang dengan organ rongga abdomen. | UMUM | |
EMETIK | Emetik ialah sejenis ubat untuk membolehkan seseorang itu muntah. Emetik menyingkirkan racun atau makanan yang merengsa perut. | UMUM | |
TARTARUS | Tartarus, mengikut mitos Yunani yang awal, ialah sebuah lubang yang dalam di bawah permukaan bumi. Jauhnya ke dalam perut bumi adalah sejauh muka ke langit. Tembok tinggi dan sebatang sungai berapi yang dikenal sebagai Phlegethon (atau Pyriphlegethon) mengelilingi Tartarus. | UMUM | |
SODA BIKARBONAT | Soda bikarbonat (NaHCO3), juga dikenali sebagai serbuk penaik atau natrium bikarbonat ialah pengalkali perut dan melegakan kerengsaan kulit. Soda bikarbonat adalah sumber karbon dioksida dalam serbuk penaik dan sesetengah pemadam api. Lihat juga Serbuk penaik. | UMUM | |
SWIFT | Swift ialah nama biawak tertentu yang kecil, tangkas. Ia hidup di kawasan yang kering, panas di Amerika Syarikat, Mexico, dan Amerika Tengah. Biawak ini mempunyai sisik dengan rabung dan hujung yang tajam. Banyak swift mempunyai perut yang berwarna biru terang dan sering dinamakan biawak perut biru. Swift memakan serangga. Kebanyakan jenis swift bertelur, tetapi sesetengah spesies melahirkan anak. Pengelasan saintifik: Swift tergolong dalam famili biawak Dunia Baru, Iguanidae. Ia adalah genus Sceloporus. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata perut |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 150 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|