Steinbeck, John (19021968) ialah pengarang Amerika yang menerima Hadiah Nobel tahun 1962 bagi kesusasteraan. Fiksyen Steinbeck yang paling terkenal membawa pembaca menyelami perit jerih perjuangan hidup orang miskin. Novelnya yang paling terkenal, The Grapes of Wrath (1939) memenangi Hadiah Pulitzer 1940. Novel itu mengisahkan tentang sebuah keluarga petani miskin, iaitu keluarga Joads dari Oklahoma, yang berhijrah ke California untuk mencari kehidupan yang lebih baik ketika Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an. Steinbeck berjaya menggambarkan dengan berkesan bagaimana perit jerih perjuangan sebuah keluarga mencerminkan kesengsaraan hidup rakyat di seluruh negara. Melalui inspirasi Jim Casy, seorang pengurus tenaga buruh, keluarga Joads mengetahui bahawa orang miskin perlu bekerjasama untuk hidup. |