Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang diperlukan daripada tanah. Serangga yang diperangkap memberikan nitrogen tambahan kepada tumbuhan ini. |