Ontario (pend. 10 084 885) ialah provinsi Kanada. Kira-kira satu per tiga daripada penduduk Kanada tinggal di Ontario. Industri perkhidmatan mendatangkan pendapatan yang besar kepada Ontario. Industri pembuatan di Ontario mengeluarkan keluaran yang sama banyak dengan keluaran sembilan provinsi lain yang digabungkan. Ontario merupakan provinsi pertama antara provinsi Kanada yang meraih pendapatan melalui pertanian dan menduduki tempat kedua selepas Alberta dalam bidang perlombongan. Ontario mempunyai lombong nikel, uranium, dan emas. |