Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERSIDANGAN TEHRAN | Persidangan Tehran ialah mesyuarat pertama pemimpin utama negara Berikat semasa Perang Dunia II. Pemimpin-pemimpin ini dikenali sebagai Tiga Kuasa Besar, iaitu Perdana Menteri Great Britain , Winston Churchill; Presiden Amerika Syarikat, Franklin Delano Roosevelt; dan Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Mesyuarat ini juga ialah persidangan kemuncak yang pertama melibatkan ketua-ketua Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan dari 28 November hingga 1 Disember 1943, di Tehran, ibu negara Iran. | UMUM | |
PERKHIDMATAN PERISIKAN | Perkhidmatan perisikan ialah agensi yang peranan utamanya mengumpul dan menilai maklumat untuk diberikan kepada pemimpin- pemimpin politik dan tentera sesebuah negara. Pemimpin-pemimpin tersebut akan menggunakan maklumat yang dinamakan risikan bagi membuat keputusan dan membentuk dasar dalam peperangan, hal-ehwal luar negeri dan juga dalam kerajaan. | UMUM | |
NKRUMAH KWAME | Nkrumah Kwame (19091972) ialah presiden Afrika Barat, Republik Ghana dari tahun 1960 hingga tahun 1966. Pemimpin-pemimpin tentera menggulingkannya pada tahun 1966, dan dia hidup dalam buangan di Guinea. Presiden Sékou Touré dari Guinea melantik Nkrumah sebagai presiden kehormat Guinea. | UMUM | |
KESATUAN MELAYU MUDA | Kesatuan Melayu Muda (KMM) ialah parti politik yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin nasionalis radikal Melayu pada tahun 1938. Presiden pertamanya ialah Ibrahim Yaakob. | UMUM | |
DENG XIAOPING | Deng Xiaoping (19041997), dieja juga sebagai Teng Hsiaoping, tokoh yang berpengaruh di China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti Komunis China, ialah jawatan yang sangat berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China berunding dengan Deng mengenai semua isu dan keputusan penting yang menjadikannya seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah membolehkannya membawa perubahan utama kepada China. Deng tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi berpengaruh. | UMUM | |
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS | ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri. | BUDAYA | Konsep |
SERVICE, JAMES | Service, James (18231899) ialah pemimpin politik Australia yang menjadi pemimpin gerakan persekutuan yang mencetuskan pembentukan Komanwel Australia pada tahun 1901. Service ialah perdana menteri Victoria pada tahun 1880 dan dari tahun 1883 hingga tahun 1886. Pada tahun 1884, dia telah menubuhkan majlis persekutuan yang dikuasainya sehingga tahun 1889. Dia mewakili Victoria di persidangan kolonial London pada tahun 1887, dan di persidangan persekutuan di Sydney pada tahun 1890. Service lahir di Kilwinning, Ayrshire, Scotland. Dia berhijrah ke Melbourne pada tahun 1853. | UMUM | |
REPUBLIK | Republik ialah sebarang bentuk kerajaan yang mempunyai seorang pemimpin atau beberapa pemimpin yang dilantik dalam tempoh pelantikan yang tertentu. Perkataan republik juga merujuk sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan yang dilantik. | UMUM | |
PREVIN, ANDRE | Previn, Andre (1929 ) ialah pemimpin orkestra, pemain piano, dan penggubah lagu Amerika Syarikat. Previn menjadi pemimpin Houston Symphony Orchestra, di Amerika Syarikat dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |
PERJANJIAN GIYANTI | PERJANJIAN GIYANTI (1755), perjanjian yang ditandatangani oleh Belanda dan pemimpin-pemimpin Pulau Jawa untuk menamatkan peperangan di Pulau Jawa. Peperangan ini berlaku apabila pengasas empayar Mataram, Sultan Agung (1613 1646) mangkat. Mataram menghadapi perang saudara kerana beberapa pihak berebut untuk menaiki takhta Mataram. Dalam peperangan yang meletus, pihak Belanda campur tangan untuk kepentingan mereka. Calon-calon yang mereka sokong merebut takhta Mataram akan terhutang budi kepada Belanda dan kemudiannya memberi kemudahan ekonomi dan wilayah kepada Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
|
|