Ashdown, Paddy (1941 ), menjadi pemimpin pertama Party Liberal Demokrat United Kingdom yang baru selepas Liberal dan Demokrat Sosial bergabung pada tahun 1988. Sebelum memasuki arena politik Ashdown menyertai Pejabat Luar Negeri pada tahun 1972 dan bekerja di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Pada tahun 1976, dia menjadi calon parlimen Liberal untuk Yeovil di Somerset. Dia dipilih menjadi anggota Parlimen pada tahun 1983 dan menjadi jurucakap Liberal tentang perdagangan dan industri hingga tahun 1987 apabila dia menjadi jurucakap untuk pendidikan. |