Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat taman terapung. Menjelang waktu wilayah tersebut ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara membina daik. Mereka menimbunkan lumpur lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz taman terapung ini beransur-ansur menjadi lebih besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong berperahu di terusan-terusan yang memisahkan pulau-pulau buatan tersebut. |