Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PAPAR | PAPAR, sebuah daerah petempatan utama di pantai barat Sabah sebelum British berkuasa. Ketika itu daerah Papar lebih dikenal sebagai Sungai Papar. Di selatannya ialah Sungai Kimanis dan Sungai Bongawan sementara di utaranya Sungai Kawang dan Sungai Kinarut. Sempadan daerah ini ditentukan mengikut sungainya. Oleh itu, daerah Papar hanyalah merujuk kepada kawasan sebelah-menyebelah sungainya sahaja, dari hulu hingga ke muara sungai. Setiap daerah ini dimiliki oleh keluarga Kesultanan Brunei dan tertakluk di bawah peraturan serta undang-undang kerajaan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
A. BOLLY ASMARA | A. BOLLY ASMARA (1938-1985), penyair. Dia lahir pada 1 Ogos 1938 di Kampung Takis, Papar, Sabah. Nama sebenarnya ialah Suhaibul Ahmad. | SASTERA | Konsep |
RUNSAI | RUNSAI, seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah. Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau. Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR | O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR ( ? - ? )., Ketua Anak Negeri (1915 1919). Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di daerah Sipitang, Sabah. Kepemimpinannya telah mendapat pengiktirafan Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudian melantiknya sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.). Dia mewakili seluruh wilayah South Keppel (Putatan-Papar) dalam Majlis Pemasihat Ketua-ketua Anak Negeri dari tahun 1915 hingga tahun 1917. Tugas utamanya untuk menyimpan rekod yang berkaitan dengan kes peribumi dan penyata cukai serta pemindahan milik tanah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUMAZAU | Kapsyen : Tarian Sumazau SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah samazau sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang. Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol). | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
|
Tesaurus |
---|
| papar (adjektif) | Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;, | | Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan, |
|
|