Senefelder, Alois (17711834), mencipta proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman. |