Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan Jerman yang popular pada tahun 1830-an. Papa Biedermeier melambangkan kehidupan berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan pada tahun 1820 dan 1850. |