Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PANTUN BERKAIT | PANTUN BERKAIT, genre pantun Melayu. Pantun berkait dikenal juga sebagai pantun berikat. Pantun ini wujud dalam masyarakat Melayu dan menjadi milik bersarna masyarakat sejak mereka belum tahu menuIis dan membaca. | SASTERA | Konsep |
TALIBUN | TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional. Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri. Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun atau `pantun setalibun; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima. Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap. | SASTERA | Konsep |
PANTUN | PANTUN, genre puisi Melayu tradisional. Pantun adalah antara bentuk puisi yang tertua dalam tradisi budaya Melayu, selain mantera. Pantun menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan bahasanya. Hampir semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya dalam dialek atau bahasa masing-masing. | SASTERA | Konsep |
CERITA PANTUN SUNDA | CERITA PANTUN SUNDA, jenis epik kepahlawanan berunsur tempatan dalam sastera Sunda. Cerita ini dikenal sebagai cerita pantun walaupun ia disampaikan dalam bentuk prosa lisan. Untuk bahagian tertentu, bentuk puisi digunakan untuk memerikan kecantikan puteri, ketampanan putera Siliwangi, keadaan kota atau hutan, dan pertempuran yang terjadi antara pasukan putera Pajajaran dengan raja-raja daerah. | SASTERA | Konsep |
KUMPULAN PANTUN MELAYU | KUMPULAN PANTUN MELAYU, puisi Melayu tradisional. Kumpulan ini diterbitkan pada tahun 1983 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | SASTERA | Penerbitan |
KURIK KUNDI MERAH SAGA | KURIK KUNDI MERAH SAGA, kumpulan pantun lisan Melayu. Kumpulan ini mengandungi 5653 rangkap pantun. Semua pantun dalam kumpulan ini mula dirakam pada akhir tahun 1985 di seluruh Malaysia, kecuali Pulau Pinang. Kumpulan pantun ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. | SASTERA | Penerbitan |
CIUNG WANARA | CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah membersihkan diri dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
LUTUNG KASARUNG | LUTUNG KASARUNG, cerita rakyat Sunda. Dalam khazanah sastera Sunda, Lutung Kasarung dianggap sebagai salah satu cerita pantun yang keramat di samping Ciung Wanara, Nyi Sumur Bandung, dan Mundinglaya di Kusumah. Sebagai sebuah cerita yang terkenal, di beberapa daerah tertentu dikenal dengan versi yang agak berbeza. Versi Bogor, misalnya, dikenal dengan nama Lutung Leutik. | SASTERA | Karya |
PUISI MELAYU MODEN | PUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun. | SASTERA | Konsep |
RUNSAI | RUNSAI, seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah. Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau. Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
|
Tesaurus |
---|
| pantun | | Rujuk :puisi |
|
|