Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill, ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah, Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian atas paruh menutup bahagian bawah. Burung jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan biru dan perang. Shoveler memakan moluska, serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui palung sisi paruhnya, meninggalkan makanan di dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah, kadangkala agak jauh dari air. Burung betina bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna kehijauan pucat hingga kebiruan. Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Anas clypeata. |