| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | PAKAIAN | Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan  yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang  Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas  dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di  sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai  kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang  jururawat berkemungkinan memakai pakaian  seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di  London berkemungkinan memakai sut perniagaan  dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang  memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya  merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama  seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian  merupakan salah satu daripada keperluan manusia  yang sangat penting.  | UMUM |  |  
  | PAKAIAN SERAGAM | Pakaian seragam ialah satu gaya pakaian yang  boleh digunakan untuk mengenal pasti  pemakainya sebagai ahli sesebuah kumpulan  ataupun sebagai pekerja dalam sesuatu bidang  tertentu.  | UMUM |  |  
  | PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN | PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah.  Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform.  Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya.  Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok.  Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm.  | BUDAYA | Pakaian |  
  | DOUBLET | Doublet dalam pakaian, lihat Pakaian (Zaman  Renaissance); dalam barang kemas, lihat Permata  (Permata tiruan dan sintetik).  | UMUM |  |  
  | PAKAIAN BASAHAN | PAKAIAN BASAHAN, pakaian yang dipakai setiap hari seperti baju, seluar, kain sarung, kain ikat kepala dan segala jenis pakaian dalam.  Pakaian basahan sering dikaitkan dengan pakaian yang agak lusuh, dipakai ketika berada di dalam rumah atau membuat kerja-kerja di sekitar rumah.  Pakaian basahan juga merangkumi pakaian harian yang dipakai oleh orang kampung ketika pergi ke sawah, ke kebun, atau melakukan apa jua kerja harian yang lasak.  | BUDAYA | Pakaian |  
  | PAKAIAN PERTABALAN | PAKAIAN PERTABALAN, pakaian istiadat raja atau sultan pada hari pertabalan baginda.   Dalam istiadat Melayu, pakaian yang dipakai pada hari pertabalan tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran.  Pakaian yang dijadikan alat kebesaran terpenting ialah tengkolok diraja.  | BUDAYA | Pakaian |  
  | PAKAIAN PUTERI PERAK | PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang.  Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu.  Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan.  | BUDAYA | Pakaian |  
  | PAKAIAN PERKAHWINAN | PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi.  | BUDAYA | Pakaian |  
  | PAKAIAN ISTIADAT | PAKAIAN ISTIADAT, pakaian khusus untuk sesuatu istiadat. Tradisi amalan memakai pakaian istiadat ini diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu dahulu.  | BUDAYA | Pakaian |  
  | PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG | PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu.  Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17.  Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu.  | BUDAYA | Pakaian |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Baju kurung pakaian asli,      Turun-temurun bangsa Melayu;  Lagi cantik bertambah seri,      Dipandang lama rasa tak jemu.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |