Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

8Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Keris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Entah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Keris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.



Lihat selanjutnya...