Andretti, Mario (1940 ), menjadi salah seorang pelumba kereta Amerika yang paling cekap. Andretti memenangi kejohanan lumba kereta dunia Grand Prix pada 1978. Dia memenangi perlumbaan Indianapolis 500 batu (800 kilometer) pada 1969. Andretti memenangi kejohanan lumba kereta U.S. Auto Club pada tahun 1965 dan pada tahun 1966. Pada tahun 1966, dia menduduki tempat pertama dalam lapan perlumbaan dalam sirkit kejohanan Amerika Syarikat. Dia memenangi kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 1969 dan pada tahun 1983. Andretti lahir dekat Trieste, Itali. Dia berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1955. Michael Andrett, anak lelakinya, juga menjadi pelumba kereta yang terkemuka. |