SYAIR YATIM NESTAPA | SYAIR YATIM NESTAPA, puisi Melayu tradisional. Terdapat tiga naskhah syair ini iaitu satu di Jakarta dan dua di Leiden. Naskhah di Jakarta (v.d. W. 253) sudah diterbitkan oleh Klinkert dalam Drive Maliesche Gedichten (Tiga Syair-syair Melayu) dari halaman 153 hingga 269 pada tahun 1886. Naskhah ini juga pernah dicap batu, antaranya oleh Matba Muhammadi yang dimiliki oleh Ali Bahai dan Sulaiman Marie di Singapura. Syair ini juga pernah menjadi tesis latihan ilmiah Mohd. Hashim Taib d Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1966. | SASTERA | Konsep |