Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUCRE | Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia. Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728 meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta). | UMUM | |
EPISTLE | Epistle boleh merujuk kepada sebarang warkah yang ditulis untuk individu atau kumpulan. Namun, perkataan ini biasanya menggambarkan surat rasmi yang bernada serius, dan tidak bersifat peribadi dan penuh dengan maklumat. | UMUM | |
MIRA BAI | Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan, utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri. Namun dia meninggalkan segala kemewahan hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi memuji Krishna menyebabkan keluarganya memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia telah terselamat. | UMUM | |
TEUKU UMAR | Teuku Umar (18591899) ialah pahlawan Aceh, Indonesia . Dia pernah berbaik-baik dengan Belanda, namun dia mendapat kepercayaan kembali daripada rakyatnya untuk memimpin perjuangan melawan Belanda. Teuku Umar memegang jawatan Ketua Kampung Darat ketika berusia 17 tahun. Dia bertanggungjawab penuh atas segala urusan pentadbiran kampung. Pada tahun 1878, Teuku Umar berkahwin dengan Cut Nyak Dien, seorang pahlawan Wanita Aceh yang kemudian menjadi Pahlawan Nasional Indonesia. Mereka bersama-sama menjadi panglima perang Aceh yang menentang penjajah Belanda. | UMUM | |
TABES | Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan ini pernah digunakan untuk menggambarkan keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun, kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah untuk menggambarkan penyusutan badan yang disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin. Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal (belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami keadaan ini menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki, dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas. | UMUM | |
DENGKUR | Dengkur ialah bunyi garau dan terputus-putus semasa tidur. Hampir setiap orang pernah berdengkur sekali-sekala. Namun orang lelaki lebih kerap berdengkur berbanding dengan wanita dan kanak-kanak. Biasanya dengkur berlaku apabila orang yang tidur bernafas melalui mulut. | UMUM | |
AYAM HUTAN | Ayam hutan ialah burung liar yang berbadan sederhana pendek lagi gempal. Walaupun berasal dari Eropah dan Asia, namun ayam hutan sudah diperkenalkan secara meluas ke beberapa buah negeri lain. | UMUM | |
SAINT-EXUPÉRY, ANTOINE DE | Saint-Exupéry, Antoine de (19001944) ialah juruterbang Perancis yang menghasilkan karya tentang penerbangan di Perancis. Namun begitu, dia paling terkenal kerana cerita fantasinya, The Little Prince (1943). Buku ini mengisahkan seorang putera raja dari planet jauh bercerita kepada penulis tentang pengembaraannya dari planet ke planet untuk mencari dan menambah ilmu. Seperti tulisan utamanya yang lain The Little Prince , mencerminkan keprihatinannya terhadap nilai kemanusiaan dan penentangannya terhadap penyalahgunaan semangat kemanusiaan. | UMUM | |
TASIK MAGGIORE | Tasik Maggiore ialah salah satu tasik yang sangat terkenal di Itali. Sebahagian besar tasik ini terletak di Itali, namun sebahagian kecil di utara menganjur ke dalam Switzerland. Orang Itali menamakan tasik tersebut Lago Maggiore yang bermaksud tasik yang besar . Tasik Maggiore adalah sepanjang 64 kilometer dan luasnya 212 kilometer persegi. Di sesetengah tempat dalam tasik tersebut melebihi 366 meter. Pergunungan yang tinggi memuncak ke utara dan barat tasik itu. Di sebelah selatan terdapat bukit-bukit yang dipenuhi dengan ladang anggur. Bandar yang paling penting di Tasik Maggiore ialah Locarno, Palanza dan Streza. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). | UMUM | |
PÉTAIN, HENRY PHILIPPE | Pétain, Henry Philippe (18561951), menjadi wira kebangsaan Perancis kerana kepimpinan dalam ketenteraan semasa Perang Dunia I. Namun dia telah dibicarakan dan dipenjarakan atas tuduhan menderhaka pada usia lanjutnya kerana dia bersubahat dengan Jerman dalam Perang Dunia II. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.
Lihat selanjutnya... |
|