Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KANDAU | Kandau ialah mamalia berekor panjang dan berbulu gebu. Sesetengah jenis kandau menyerupai monyet. Yang lain kelihatan lebih mirip mencit atau tupai. | UMUM | |
KANDAU TERBANG | Kandau ialah mamalia berekor panjang dan berbulu gebu. Sesetengah jenis kandau menyerupai monyet. Yang lain kelihatan lebih mirip mencit atau tupai. | UMUM | |
POTTO | Potto ialah haiwan kecil yang hidup di bahagian barat Afrika. Potto tergolong dalam famili haiwan yang meliputi monyet, mawas dan manusia. Tetapi potto kelihatan lebih mirip kepada sloth, berbanding monyet atau mawas. Potto ialah ahli sekumpulan haiwan yang dikenali sebagai lemur lembap atau loris . | UMUM | |
BURUNG MINYAK | Burung minyak ialah burung yang hidup di dalam gua, ditemui di utara Amerika Selatan. Burung ini ada kaitan dengan burung frogmouth dan burung tukang, tetapi lebih mirip kepada burung hantu. | UMUM | |
PIKA | Pika ialah sejenis haiwan kecil berbulu yang tinggal di Asia, Eropah dan bahagian barat Amerika Utara. Pika tergolong dalam kumpulan haiwan yang sama seperti kelinci dan arnab, tetapi kelihatan lebih mirip kepada tikus belanda. | UMUM | |
LENGKONG | LENGKONG, makanan yang mirip kepada agar-agar yang dicampur ke dalam minuman manis seperti sirap. Lengkong yang dikenal juga dengan nama cincau, dipercayai makanan masyarakat keturunan Cina. Pada masa ini, makanan ini popular di kalangan semua bangsa di Malaysia. | BUDAYA | Makanan |
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN | PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah. Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform. Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya. Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok. Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm. | BUDAYA | Pakaian |
RANDAI | RANDAI, persembahan teater tradisi dengan gaya bercerita melalui tarian dan lakonan. Persembahan ini di paparkan melalui gaya bahasa berirama seperti gurindam, berdendang dan berlagu. Randai merupakan kreativiti yang menjadi tradisi kelompok Minang di Malaysia dan Indonesia, yang mengamalkan adat perpatih. Di Malaysia, randai terdapat di Negeri Sembilan dan Selangor. Persembahannya mirip gaya bahasa Minang loghat daerah di Negeri Sembilan. | BUDAYA | Kegiatan |
SASTERA HIKAYAT | SASTERA HIKAYAT, bentuk sastera Melayu yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rekaan. Masyarakat Melayu tradisional pada umumnya menerima istilah sastera hikayat sebagai mengandungi makna cerita, kisah, riwayat, ceritera dan sebagainya. Makna yang umum ini didasarkan secara longgar pada makna yang kedua yang merujuk kembali kepada perkataan yang berasal daripada bahawa Arab iaitu haka yang mengandungi maksud menceritakan, melukiskan, meniru, mewartakan, mirip (atau yang seakan-akan), berkata dan meneruskan. | SASTERA | Konsep |
SIPUT SARAWAK | SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem. Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun. Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah. Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara. Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut, pelakon sandiwara Indonesia. Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu. Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya. Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal. Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri. | BUDAYA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| mirip (kata kerja) | Bersinonim dengan seakan-akan, serupa dengan, menyerupai, hampir sama dengan, menyamai, seiras dengan,
irap, meh-meh, macam, seperti;, | | Kata Terbitan : kemiripan, |
|
|