Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAT KEW | SURAT KEW, satu dokumen perjanjian yang ditandatangani antara pihak kerajaan Britain dengan kerajaan buangan Belanda di Kew, London. Pada bulan Januari 1775, Perancis telah menyerang dan menawan negeri Belanda. Dengan itu Raja Belanda, Raja William V, telah melarikan diri ke England untuk mendapatkan perlindungan. Di England, dia menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan. Oleh sebab Belanda adalah sebuah kuasa Eropah yang memiliki banyak tanah jajahan di seberang laut, timbul persoalan siapakah yang harus menguasai milik Belanda tersebut. Raja Belanda dengan segera mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor wilayahnya di seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran mereka kepada British. Arahan inilah yang dikenal sebagai Surat Kew (Kew Letters). Surat Kew menegaskan bahawa semua wilayah jajahan Belanda di seberang laut hendaklah diambil alih oleh British dengan persefahaman bahawa semua ini akan dikembalikan kepada Belanda apabila perang menentang Perancis di Eropah tamat. Langkah ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Belanda untuk menghalang peluasan kuasa Perancis ke wilayah-wilayah jajahan Belanda di seberang laut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
|
|