Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANGIN PASAT | Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal pedagang banyak bergantung pada angin pasat. | UMUM | |
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi secara rasmi pada bulan Julai 1998. Ia menjadi simbol terbaru kebanggaan Malaysia menuju ke arah alaf baru. KLIA terletak berhampiran Sepang, kira-kira 50 kilometer selatan Kuala Lumpur. | UMUM | Umum |
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN | Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima utama seperti Al-Walid ibn Uqbah , Amru ibn al As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah dan Yazid ibn Abu Sufian. | UMUM | |
SUNGAI URUGUAY | Sungai Uruguay ialah sebahagian daripada sistem Sungai Paraná dan Sungai La Plata di Amerika Selatan. Sungai Uruguay bermula di negeri Santa Catarina, di bahagian selatan Brazil. Ia mengalir ke barat dan menuju ke selatan sepanjang kira-kira 1600 kilometer, sebelum berakhir di Teluk Río de la Plata. Sungai Uruguay membentuk sebahagian sempadan antara Brazil dan Argentina. Sebelum berakhir di Río de la Plata, sungai ini membentuk sebuah tasik selebar antara enam hingga 11 kilometer. Lihat Brazil (peta); Uruguay (peta). | UMUM | |
TASIK LADAM | Tasik ladam ialah tasik berbentuk anak bulan yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini akhirnya memisahkannya daripada sungai utama. Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap. | UMUM | |
MALLEE | Mallee ialah daerah di barat daya Victoria, Australia. Ia dinamai sempena nama sejenis pokok kayu putih yang banyak terdapat di kawasan itu. Daerah Mallee terletak di selatan Sungai Murray dan di timur sempadan Australia Selatan. Suatu garisan sempadan yang menghala ke selatan dari Kerang menuju ke timur Birchip, kemudian ke barat menuju ke sempadan Australia Selatan, merupakan sempadan daerah ini. | UMUM | |
TASIK MICHIGAN | Tasik Michigan ialah kumpulan air tawar yang terbesar di Amerika Syarikat. Tasik ini merupakan tasik yang ketiga terbesar antara Tasik-tasik Besar dan satu-satunya tasik daripada kumpulan tersebut yang terletak keseluruhannya di Amerika Syarikat. Tasik Michigan membentuk satu hubungan yang penting dalam sistem jalan air yang besar yang menganjur ke timur menuju ke Lautan Atlantik dan ke selatan melalui Sungai Mississippi menuju ke Teluk Mexico. | UMUM | |
PERANG UHUD | Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban, tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu membalas dendam selepas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera bermesyuarat dengan para sahabat sama ada mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi semasa di pertengahan jalan, Abdullah ibn Ubay ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300 orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke Madinah. | UMUM | |
SUNGAI MACKENZIE | Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort. Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5 kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie. | UMUM | |
ANDREWS, JOHN MILLER | Andrews, John Miller (18711956), perdana menteri Ireland Utara dari tahun 1940 hingga tahun 1943. Dia berkhidmat pada zaman kritikal dalam Perang Dunia II (19391945). Sepanjang tempoh ini, beribu-ribu orang tentera Amerika menuju ke Ireland Utara untuk mendapatkan latihan. Pada tahun 1941, serangan udara Jerman mengakibatkan kerosakan yang dahsyat ke atas Belfast. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tuju | | Kata Terbitan : bersetuju, mempersetujui, menyetujukan, mempersetujukan, persetujuan, menuju, menujui, menujukan, tujuan, bertujuan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari Jeram menuju ke Bentan, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Orang karam di tengah lautan, Hamba karam di hati sendiri.
Lihat selanjutnya... |
|