| Arbutus ialah nama yang diberikan kepada beberapa pokok malar hijau daripada famili  heath  . Kebanyakannya adalah pokok renek atau pokok. Di timur dan tengah Kanada, serta di Amerika Syarikat, arbutus yang paling terkenal ialah  arbutus menjalar  , pokok menjalar berbunga putih atau merah jambu yang wangi. Di New England, ia dinamakan  mayflower  . Pilgrim Fathers dikatakan telah memberikan nama ini. Pokok strawberi berasal dari barat daya Eropah, tetapi telah diperkenalkan sebagai pokok hiasan di banyak kawasan. Ia tumbuh dari tiga hingga sembilan meter, berbunga putih atau merah jambu dan buahnya berbentuk strawberi dan sebesar strawberi.  Pengelasan saintifik: Arbutus menjalar tergolong dalam famili  heath  ,  Ericaceae  . Ia dikelaskan sebagai  Epigaea repeus  . Pokok strawberi ialah  Arbutus unedo  .  Lihat juga Bunga (gambar; Bunga-bungaan di hutan jarang dan hutan). |