Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAPATI | Surapati ( ? 1706), perajurit dari Bali, yang meningkat kedudukannya daripada hamba, sehingga menjadi seorang pemerintah separuh merdeka di sebuah wilayah di Pulau Jawa pada tahun 1600-an. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Belanda telah menguasai kepulauan itu yang kini membentuk negara Indonesia. Orang Belanda menganggap Surapati satu daripada musuh mereka yang banyak menimbulkan masalah. | UMUM | |
DEMAM | Demam ialah keadaan apabila suhu tubuh meningkat lebih tinggi daripada aras biasa. Demam ialah salah satu gejala penyakit yang paling biasa. Apabila demam menjadi gejala utama suatu penyakit, ia mungkin sebahagian daripada nama sesuatu penyakit seperti demam skarlet atau demam kuning. Istilah perubatan bagi demam ialah pireksia. | UMUM | |
PRINSIP BERNOULLI | Prinsip Bernoulli juga dikenali sebagai hukum Bernoulli atau teorem Bernoulli , menyatakan bahawa tenaga terabadi dalam bendalir (cecair atau gas) yang bergerak. Jika bendalir itu bergerak dalam arah mendatar, tekanan berkurangan apabila kelajuan bendalir meningkat. Jika kelajuan berkurangan, tekanan meningkat. Misalnya, air bergerak lebih laju melalui bahagian yang sempit dalam paip mendatar daripada melalui bahagian yang lebih lebar. Prinsip Bernoulli menjangkakan bahawa tekanan akan menjadi paling rendah apabila kelajuan paling laju. Prinsip Bernoulli dinamakan sempena nama Deniel Bernoulli (17001782), ahli matematik, Switzerland. | UMUM | |
MIASTENIA GRAVIS | Miastenia gravis ialah sejenis penyakit yang tidak berjangkit yang dicirikan dengan keadaan otot-otot tulang yang lemah. Keadaan lemah ini meningkat dengan peningkatan aktiviti fizikal tetapi sedikit sebanyak boleh diredakan dengan cara berehat. Penyakit ini menyerang semua kumpulan umur dan kedua-dua jantina, tetapi ia paling kerap berlaku di kalangan wanita yang berumur antara 15 tahun hingga 30 tahun, dan lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 70 tahun. | UMUM | |
KITARAN PERNIAGAAN | Kitaran perniagaan ialah pola aktiviti perniagaan bagi ekonomi sesebuah negara. Aktiviti ini meningkat atau menurun dari semasa ke semasa. | UMUM | |
KEBOTAKAN | Kebotakan atau alopecia ialah ketiadaan rambut atau rambut jarang di kulit kepala. Rambut menjadi jarang di kepala ialah suatu proses yang normal apabila seseorang itu meningkat tua. Walau bagaimanapun, banyak jenis kehilangan rambut yang tidak normal juga berlaku. | UMUM | |
SPESIES TERANCAM | Spesies terancam ialah benda hidup yang terancam oleh kepupusan iaitu kematian semua individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan terancam termasuk running buffalo ceaver, sipres Santa Cruz, snakeroot, dan banyak spesies kaktus. | UMUM | |
KEMBANGAN MERAH | Kembangan merah ialah istilah yang digunakan untuk kawasan air laut, sungai, atau tasik yang berwarna keperang atau kemerahan. Warna ini datangnya daripada organisma mikroskopik yang secara tiba-tiba meningkat berjuta-juta jumlahnya. Kawasan yang berwarna ini mungkin menganjur daripada beberapa meter persegi hingga kepada lebih daripada 2500 kilometer persegi. Lamanya daripada beberapa jam hingga beberapa bulan. Kembangan merah berlaku di perairan di kebanyakan bahagian di dunia. | UMUM | |
REVOLUSI 1848 | Revolusi 1848 melibatkan satu siri pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman, dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali. Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah desakan untuk menubuhkan kerajaan berperlembagaan; semangat nasionalisme yang meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali, Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ). | UMUM | |
ATRIUM | Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan yang digunakan untuk memasak, tidur dan berhibur. Satu lubang di tengah-tengah bumbung membolehkan asap keluar. Apabila reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju, dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk melalui lubang di tengah-tengah bumbung ditadah dalam besen marmar yang dikenali sebagai impluvium. A trium orang Rom yang tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah. Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom). | UMUM | |
|
|