Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SCHREINER, OLIVE | Schreiner, Olive (18551920) ialah salah seorang penulis Afrika Selatan yang terkenal. Dia terkenal sebagai perintis yang mengakui dan melayani watak wanita yang sepatutnya ada dalam memanfaatkan landskap Afrika dalam fiksyennya. Oliver Schreiner ialah penulis pertama zaman penjajah yang diterima memasuki dunia kesusasteraan London. | UMUM | |
OATES, TITUS | Oates, Titus ( 16491705) ialah pelampau Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka cerita tentang rancangan orang Katolik Roman untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan telah dikenakan denda serta dipenjara. William III membebaskan Oates pada tahun 1689 dan memberinya pencen. Oates lahir di Oakham, England, di kaunti yang kini dikenali sebagai Leicestershire. | UMUM | |
PYRRHO DARI ELIS | Pyrrho dari Elis (361? S.M.270? S.M.) ialah pengasas skeptisisme, iaitu gerakan falsafah Yunani purba. Dia banyak mengembara dan mengetahui pelbagai sudut pandangan falsafah, yang setiap satu mengakui kebenaran masing- masing. | UMUM | |
MAJLIS PRIVI | Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim, dan sarjana yang dipilih dari negara-negara Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai simbol ketua negara Komanwel. Dalam kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji, apabila mereka diberi tempat dalam kabinet. Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan kabinet Inggeris. | UMUM | |
ATAHUALPA | Atahualpa (1500?1533), yang juga digelar Atabalipa, ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian. Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan. Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun 1533. Lihat juga Inca (Sejarah). | UMUM | |
NANAH | Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable, yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa nanah adalah landable. Bagaimanapun, doktor mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara badan boleh melawan jangkitan. Lihat juga Abses. | UMUM | |
PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE | Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat untuk membina atau mengawasi kerja-kerja pembinaan terusan yang merentangi segenting di Amerika Tengah dan juga hak untuk menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan, Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut. | UMUM | |
SISTEM KETURUNAN NASAB IBU | SISTEM KETURUNAN NASAB IBU, sistem persanakan yang mengenal pasti keturunannya hingga ke satu moyang tertentu daripada sebelah pihak ibu atau pihak perempuan. Anggota bagi satu-satu kelompok keturunan nasab ibu, sama ada kelompok suku atau zuriat, mengakui mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain yang disusurgalurkan hingga ke satu moyang yang sama dari sebelah pihak ibu. Mereka juga memakai nama suku yang sama sebagai satu mekanisme untuk mengenal pasti yang mereka itu daripada keturunan yang sama. Di Malaysia, sistem persanakan nasab ini diamalkan oleh masyarakat Melayu adat perpatih di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka. | BUDAYA | Konsep |
EPIK MELAYU | EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya. | SASTERA | Penerbitan |
ORANG KANAQ | ORANG KANAQ, suku kaun Orang Asli daripada kelompok Melayu Asli atau Melayu Proto yang terdapat di negeri Johor. Istilah kanaq diperkenalkan oleh masyarakat ini tanpa sebarang penjelasan maksud. Mereka bertutur dalam dialek Kanaq di kalangan mereka dan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang luar. Sejarah Asal Usul Orang Kanaq dari sebuah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia dan dipercayai berhijrah ke Johor lebih kurang dua abad yang lalu. Mereka mengakui Kepulauan Riau merupakan tanah asal mereka dan mendakwa mempunyai saudara-mara di sana. Seramai 150 orang Kanaq dikatakan melarikan diri daripada orang Belanda ketika Belanda menyerang kerajaan Riau. Oleh sebab mereka menjadi hamba kepada Sultan Riau, mereka bersama-sama Sultan Riau melarikan diri ke Tanah Besar dan mendarat di Johor. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui |
|
|