Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SANGER, FREDERICK | Sanger, Frederick (1918 ) ialah ahli biokimia British, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1958 dan 1980 bagi bidang kimia. Dia menjadi orang kedua yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang yang sama. Orang yang pertama ialah John Bardeen, yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang fizik. | UMUM | |
RICHARDS, SIR GORDON | Richards, Sir Gordon (19041986), joki British yang pertama menerima gelaran kesateria. Dia menerima anugerah ini pada tahun 1953 untuk khidmatnya dalam bidang lumba kuda. Richards lahir di Oakengates, Shropshire. | UMUM | |
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM | Michelson, Albert Abraham (18521931) ialah warga Amerika yang pertama menerima Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga sukatan tepat yang didapati daripada peralatan tersebut. | UMUM | |
MULLIKEN, ROBERT SANDERSON | Mulliken, Robert Sanderson (18961986) ialah ahli kimia Amerika, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1966 untuk kimia. Dia menerima hadiah tersebut kerana teori molekul-orbit yang dikemukakan pada tahun 1928. Teori ini menerangkan bagaimana atom berpadu untuk membentuk molekul. | UMUM | |
OSTWALD, WILHELM | Ostwald, Wilhelm (18531932), ahli kimia, penulis, dan guru Jerman, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1909 bagi bidang kimia. Dia menerima anugerah ini terutamanya kerana kajiannya tentang fenomena permukaan dan kelajuan tindak balas kimia. Ostwald menulis sebuah daripada buku awal tentang elektrokimia. Penyelidikannya tentang pengoksidaan ammonia membantu Jerman membuat bahan letupan semasa Perang Dunia I (19141915). Ostwald lahir di Riga, Latvia. | UMUM | |
PAULING, LINUS CARL | Pauling, Linus Carl (19011994), ahli kimia Amerika, yang menerima dua Hadiah Nobel. Dia menerima Hadiah Nobel tahun 1954 bagi bidang Kimia dan Hadiah Nobel bagi keamanan tahun 1962. | UMUM | |
MUHAMMAD HAJI SALLEH | Muhammad Haji Salleh (1942 ) ialah penyair Malaysia yang menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1991 dan bergelar Sasterawan Negara, penerima anugerah S.E.A. Write Award pada tahun 1988, penerima Hadiah Kebudayaan Australia untuk Seniman Asia pada tahun 1975, dan menerima beberapa kali hadiah puisi pada peringkat kebangsaan. | UMUM | |
YUKAWA, HIDEKI | Yukawa, Hideki (19071981), ahli fizik Jepun yang menjadi masyhur kerana sumbangannya terhadap teori fizik nuklear. Dia menerima Hadiah Nobel pada bidang fizik pada tahun 1949. Dia ialah orang Jepun yang pertama memenangi anugerah sedemikian. Yukawa menerima anugerah tersebut kerana teori yang diusahakannya pada tahun 1935. | UMUM | |
MORRISON, TONI | Morrison, Toni (1931 ), penulis novel wanita kulit hitam Amerika yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1993 bagi bidang kesusasteraan. Dia juga telah memenangi Hadiah Pulitzer 1988 untuk cereka melalui novelnya Beloved (1987). Novel tersebut menceritakan kisah seorang bekas hamba yang dihantui oleh kenangan hidupnya sebagai seorang hamba dan bayinya yang telah dibunuh untuk menyelamatkannya daripada mengalami nasib yang sama. Beloved mempamerkan gaya liriknya, gambaran watak yang jelas, dan kebolehannya untuk membuat pembaca menerima perkara yang luar biasa sebagai benar. Kemahirannya menggunakan bahasa menjadikannya salah seorang penulis Amerika yang terbaik bagi tahun 1900-an. | UMUM | |
ZAHA HADID | Arkitek wanita pertama menerima Pritzker Architecture Prize (2004). | KEJURUTERAAN | Tokoh |
|
Puisi |
---|
|
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?
Lihat selanjutnya... |
|