Meter watt ialah alat yang digunakan untuk mengukur kuasa elektrik. Jenis meter watt yang paling biasa digunakan dikenali sebagai meter watt elektrodinamik . Meter watt elektrodinamik ini mempunyai dua gegelung dawai. Satu gegelung tetap disusun untuk menerima arus daripada litar yang hendak diukur. Satu gegelung boleh bergerak , yang disokong oleh paksi yang bertatah manikam yang membolehkannya berputar, disusun untuk menerima arus yang berkadaran dengan voltan pada litar yang hendak diukur. |