Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TALI PAKAL | Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air. Tukang paip menggunakan tali pakal untuk membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih , yang diperbuat daripada tali yang bersih, dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan, seperti membalut luka. | UMUM | |
ONIKS | Oniks ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada batu karbonat berjalur dan juga akik, iaitu jenis kuarza berira halus (lihat Akik). | UMUM | |
DISPEPSIA | Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada gangguan penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati, sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu, dan memuntahkan makanan atau cecair berasa masam. | UMUM | |
BAJU KEDAH | Baju Kedah ialah baju wanita yang sederhana longgar, leher baju seperti kurung moden, labuhnya paras punggung, dan berlengan hingga bawah paras siku. Potongan baju ini ringkas dan lurus tanpa pesak atau kekek. Baju ini dipopularkan di Kedah sejak tahun 1940-an. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
ARMENIA | Armenia ialah negara yang terletak di kawasan Pergunungan Caucasus. Negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1991 selepas hampir 70 tahun berada di bawah pemerintahan Kesatuan Soviet. Armenia ialah anggota Komanwel Negara- negara Merdeka yang merupakan sebuah pertubuhan longgar bekas negara republik Soviet. | UMUM | |
BAJU PAHANG | Baju Pahang ialah baju wanita yang labuh, longgar, berkolar tegak, berpesak, berkancing di bahagian leher dan berlengan panjang. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
AEOLIA | Aeolia ialah nama satu kaum Yunani purba. Mereka menduduki sebahagian besar kawasan di timur Greece Tengah sebelum tahun 1150 S.M. Pada akhir tahun 1100-an S.M., kaum Yunani lain dari Doria menyerang wilayah Aeolia, dan ramai orang Aeolia berpindah ke pantai barat Asia Kecil (kini Turki), dan juga ke Pulau Lesbos dan Pulau Tenedos yang berdekatan. Daerah pantai ini dinamai Aeolis. Orang Aeolia menubuhkan satu gabungan yang longgar sesama mereka. Pulau Lesbos maju sebagai pusat perdagangan yang sibuk, selain daripada menjadi tempat pengajian ilmu puisi yang masyhur. Antara penyair terkenal dari sini termasuklah Alcaeus dan Sappho. | UMUM | |
SKURVI | Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet. Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C, sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah. Anemia juga boleh berlaku. | UMUM | |
SASTERA HIKAYAT | SASTERA HIKAYAT, bentuk sastera Melayu yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rekaan. Masyarakat Melayu tradisional pada umumnya menerima istilah sastera hikayat sebagai mengandungi makna cerita, kisah, riwayat, ceritera dan sebagainya. Makna yang umum ini didasarkan secara longgar pada makna yang kedua yang merujuk kembali kepada perkataan yang berasal daripada bahawa Arab iaitu haka yang mengandungi maksud menceritakan, melukiskan, meniru, mewartakan, mirip (atau yang seakan-akan), berkata dan meneruskan. | SASTERA | Konsep |
NEGERI | NEGERI , sebuah masyarakat yang agak besar dengan seorang ketua atau raja yang mendiami satu kawasan lembahan sungai dengan pusatnya di muara sungai berkenaan. Muara sungai itu turut menjadi pusat perdagangan. Negeri adalah istilah bahasa sanskrit. Sesebuah negeri hanya boleh wujud apabila terdapat seorang ketua atau raja yang mempunyai kuasa atau pengaruh tertentu ke atas rakyat yang berada di wilayahnya. Dalam kegunaan sehari-hari, istilah negeri digunakan secara agak longgar yang bermaksud sebuah petempatan termasuk bandar atau kota, dan juga sebuah wilayah tanah air (misalnya, negeri China). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata longgar. |
|
|