Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Longgar sendat, lapang bertukul.

Takrif

Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sempit lalu, longgar ditokok.

Takrif

Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.

Takrif

Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.

Takrif

Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pilin telinga saring-saring.

Takrif

Fikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.

Takrif

Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata longgar.